Skuad boling padang Sarawak tiada masalah jalani latihan

KUCHING: Kekangan masa yang menjurus kepada perubahan jadual latihan berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini tidak memberi impak besar terhadap prestasi pemain skuad boling padang Sukma Sarawak.

Sebaliknya, anak-anak buah Mohd. Fairus Abang Deni tampak lebih yakin melaksana tanggungjawab mereka seperti biasa.

Segalanya, berpandu kepada pengalaman ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara pada bulan Mac lalu.

“Tidak nampak sebarang masalah bagi pemain untuk mengekalkan kredit yang ada hasil latihan dilaksanakan sebelum ini.

“Walaupun ketika ini latihan pemain dijalankan secara maya namun segalanya berjalan lancar,” ujar Mohd. Fairus yang juga ketua jurulatih kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Tegasnya, fokus terhadap teknik antara yang diberi penekanan kepada pemain setiap kali menjalani latihan.

Beliau memberitahu, latihan kesemua pemain skuad terbabit dijalankan lima kali sepanjang tempoh seminggu iaitu sebelah pagi dan petang.

“Latihan untuk tempoh tersebut berbeza dan mempunyai pecahannya yang tersendiri.

“Untuk hari Isnin, Khamis/Jumaat lebih kepada kekuatan otot sambil hari Selasa, Rabu/Jumaat pula tertumpu kepada kemahiran,” jelas beliau.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak