SLTA batalkan semua kejohanan

EKORAN situasi pandemik Covid-19 yang masih meruncing, Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) mengambil langkah drastik dengan membatalkan semua kejohanan antarabangsa.

Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew, mengakui mereka amat terkesan, namun tiada pilihan.

“Kami terpaksa membatalkan semua kejohanan yang sering kali dilangsungkan di Kuching setiap tahun.

“Keputusan itu dibuat mengambil kira keselamatan semua pihak terlibat,” tegas Patrick. “Ia juga kerana jadual penerbangan terhad serta proses kuarantin wajib (14 hari),” ujarnya yang dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.

Saban tahun, Kuching merupakan destinasi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa yang disertai beberapa negara di seluruh dunia.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak