Suntikan Astra Zeneca di Miri bermula esok
by suaraswk
June 6, 2021June 6, 2021
Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, PPV IKBN Miri telah dipilih untuk memberikan vaksin AstraZeneca untuk Bahagian Miri sehingga 27 Julai depan.
“Kita amat berpuas hati dengan persiapan sebelum pelaksanaan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca yang akan bermula Isnin ini di PPV IKBN Miri,” katanya selepas melawat lokasi pagi semalam.
Kim Shin turut meninjau persediaan ruang pendaftaran, laluan kerusi roda, kaunter temujanji, kaunter pemerhatian, bilik vaksinasi, bilik kawalan operasi, termasuk bekalan elektrik dan sistem siar raya.
“Kita sekali lagi memohon kerjasama orang ramai yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 agar mendaftar segera melalui aplikasi MySejahtera,” katanya
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Jun 2021
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my