Tanjung Manis miliki bangunan Pentadbiran Bersepadu tahun ini

TANJUNG MANIS: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM78.2 juta untuk pembinaan Bangunan Pentadbiran Bersepadu Tanjung Manis yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Menteri Muda Perancangan Bandar,  Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek pembinaan bangunan 16 tingkat itu bakal mercu tanda pembangunan Tanjung Manis.

Katanya, projek berimpak tinggi itu merupakan inisiatif penting kerajaan GPS Sarawak dalam meneruskan agenda pembangunan kawasan luar bandar.

“Kerja pembinaan bangunan ini bermula pada Mac 2018. Kita berharap kerja pelaksanaannya siap sepenuhnya Disember tahun ini.

“Siapa sangka Tanjung Manis bakal memiliki bangunan pencakar langit yang merupakan bangunan tertinggi di Bahagian Mukah,” katanya dalam Facebook rasminya, semalam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak