Terus pastikan urusan di PPV berjalan lancar

PUSA: Pertambahan peralatan seperti komputer riba dan telefon pintar diyakini dapat memastikan kelancaran urusan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Ketua PPV Dewan Masyarakat Kampung Kalok Dr Nur Izzaty Abd Rahim.

Menurutnya, bermula hari ini PPV Dewan Masyarakat Kampung Kalok dijadual menerima kunjungan 400 penerima vaksin setiap hari.

“Terima kasih kepada Adun Beting Maro Razaili Gapor yang menyumbang dua komputer riba dan dua telefon pintar. Kemudahan tambahan ini sangat membantu kami.

“Kerana walaupun dengan tenaga manusia yang ramai, jika kurang kemudahan tetap akan menjejaskan urusan lebih-lebih lagi dengan pertambahan penerima vaksin iaitu 400 orang sehari sehingga Jumaat.

“Jadi, dengan adanya peralatan tersebut, Insya-Allah lebih banyak tenaga manusia dapat dikerah bagi memastikan kelancaran proses vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas mengiringi Razaili meninjau PPV di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak