Tiga rumah panjang di Sarikei, spaoh diarah PKPD

KUCHING: Tiga lagi rumah panjang di Sarikei, Betong dan Spaoh diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini dan esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ia melibatkan Rh. Robert Sg Merudu, Sarikei (4 hingga 20 Jun), Rh. Jack, Lichock, Seblak, Roban, Betong (5 hingga 18 Jun) dan Rh. Ulin, Teberu, Spaoh (5 hingga 19 Jun).

“Dalam pada itu, PKPD di Rh. Jali, Sungai Maong, Machan, Kanowit dilanjutkan dari 5 hingga 12 Jun ini.

“Sementara dua PKPD ditamatkan iaitu di Kampung Tg. Kelaso, Sadong Jaya (4 Jun) dan Rh. Siba, Batu 28, Skim Sekuau, Selangau (5 Jun),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak