Tindakan pantas orang awam selamatkan lelaki warga emas

BAU: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui dalam keadaan lemah di sebuah rumah berhampiran bengkel kereta Guan Angin di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mangsa dipercayai cuba membunuh diri namun dikesan oleh orang awam sebelum membuat laporan kecemasan kepada pihak bomba.

“Apabila sampai di lokasi kejadian pihak Bomba membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengangkat mangsa dari dalam bangunan.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Bau menggunakan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, ketika pemeriksaan awal mangsa masih bernyawa namun dalam keadaan lemah.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak