Vaksin Cansino percepatkan imuniti kelompok di Sarawak

KUCHING: Vaksin satu dos pelalian, CanSino mampu membantu negeri ini mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang Ogos ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

James Masing dalam kenyataannya menyambut baik penggunaan vaksin tersebut untuk diberikan kepada populasi pedalaman di Malaysia.

Beliau berkata, vaksin CanSino telah mendapat kelulusan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA).

Sehubungan itu, beliau berharap permohonan Sarawak untuk memperoleh vaksin tersebut dapat dipertimbangkan.

“Jika satu dos vaksin ini diluluskan oleh Putrajaya untuk kegunaan Sarawak dan jumlah vaksin diperlukan sampai ke Sarawak, kita mungkin dapat mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang Ogos,” jelasnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak