Vaksin Novavax lebih 90 peratus berkesan

WASHINGTON: Vaksin Cavid-19 Novavax 90 peratus berkesan, termasuk varian virus korona, kata pembuat vaksin itu semalam berikutan ujian klinikal AS yang berskala besar.

Vaksin itu menunjukkan perlindungan 100 peratus terhadap penyakit sederhana
dan teruk, dengan keberkesanan 90.4 peratus secara keseluruhan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kajian itu mendaftarkan 29,960 peserta di 119 lokasi AS dan Mexico untuk menilai keberkesanan, keselamatan dan imunogenik.

Syarikat yang beribu pejabat di Maryland itu berhasrat untuk memohon kelulusan untuk penggunaan pada suku ketiga 2021.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak