Empat lagi lokaliti PKPD di Sarawak, enam tamat

KUCHING: Empat lagi lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurut JPBN, ia melibatkan masing-masing dua kawasan di daerah Bintulu serta satu di Pakan dan Kabong untuk tempoh 27 Julai hingga 13 Ogos.

“PKPD di Bintulu bermula 27 Julai hingga 9 Ogos di Bilik Sewa atas Kedai Mr. Piggy Pork dan Rumah Sewa Segala, Jalan Bintulu-Miri.

“Manakala Rh. Nyakin, Sg. Bangkit Entaih di Pakan menjalani PKPD bermula 28 Julai hingga 13 Ogos dan Rh. Chuat Empayang di Kabong untuk tempoh 29 Julai hingga 12 Ogos,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memberitahu tiada kawasan dilanjutkan PKPD dan enam lokaliti ditamatkan.

“Tamat PKPD pada 27 Julai adalah Rh. Niga Anak Ngayong, Long Nyiro, Tinjar di Beluru.

“Sementara pada 28 Julai adalah Lempaong Baru, Spak (Betong), Rh. Dayang Amak Serang, Batu 34, Jalan Bintulu-Miri (Bintulu), Rh. Enbau Anak Anting, Sungai Sebemban, Jalan Persisir Kuala Tatau (Bintulu), Rh. Radin Anak Jelemin, Sungai Entajum, Sangan Tatau (Bintulu) dan Kampung Jagoi Duyoh (Bau),” katanya.

Mengulas lanjut, JPBN berkata daerah Bukit Mabong kembali ke status kuning daripada jingga selepas merekodkan enam kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak