352 kes baharu di Sarawak, tiada kematian hari ini

KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 352 kes baharu positif Covid-19 dan tiada kes kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 68,599 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Sarikei merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 65 kes, diikuti Kuching 64 kes.

“Manakala 29 kes dilaporkan di Saratok, Lubuk Antu (19), Sibu (19), Meradong (18), Telang Usan (17), Mukah (16), Serian (16), Sri Aman (16), Subis (15), Bintulu (13), dan Miri (13).

“Selain itu, Tatau mencatatkan sembilan kes, Bau (6), Samarahan (5), Kapit (3), Tebedu (3), Lundu (2) dan masing-masing satu kes di Asajaya, Pusa, Sebauh, dan Selangau,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN berkata daerah Betong bertukar status daripada merah kepada jingga, manakala Lubok Antu bertukar status daripada kuning kepada jingga.

Suara Sarawak