98 peratus anggota ATM lengkap vaksin Covid-19

KUCHING: Sebanyak 98 peratus anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak telah disahkan lengkap suntikan vaksin Covid-19.

Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, ia susulan Program Vaksinasi Pandu Lalu di Kem Muara Tuang yang telah bermula seawal jam 8.30 pagi, hari ini.

Menurutnya seramai 2,600 individu menerima dos kedua vaksin dalam tempoh dua hari di PPV tersebut yang akan berlangsung dalam tempoh dua hari bermula hari ini sehingga esok.

“Program pandu lalu ini merupakan pemberian dos vaksin kedua melibatkan anggota tentera, anggota awam dan isteri kepada anggota tentera.

“Secara keseluruhan peratusan ATM di Sarawak yang telah menerima suntikan adalah sebanyak 98 peratus, selebihnya merupakan anggota tentera yang tidak berada di Sarawak atau masih berada di Semenanjung,” katanya.

CEPAT… proses suntikan vaksin yang dilakukan oleh petugas di PPV Kem Muara Tuang
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak