Aksi SU FC lawan Perak FC II ditunda

KUCHING: Perlawanan Sarawak United FC (SU FC) dan Perak FC II yang dijadual berlangsung malam esok (Ahad) ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais memberitahu, keputusan penundaan perlawanan tersebut diputuskan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kita telah dimaklumkan berhubung penundaan perlawanan itu awal pagi tadi,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan pihaknya akur dengan keputusan berhubung penundaan perlawanan itu.

Malah katanya, perubahan jadual perlawanan tersebut tidak menganggu fokus pemain setakat ini.

Skuad kendalian E.Elavarasan ketika ini gah menghuni tangga teratas dengan menggumpul 24 mata selepas menamatkan saingan pusingan pertama kempen Liga Premier 2021.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak