Atlet Boccia Sarawak diingatkan terus amal SOP

KUCHING: Atlet Boccia Para Sukma Sarawak diingatkan untuk kekal mengamalkan gaya hidup norma baharu berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jurulatihnya, Honseng Andrias Nyawin menegaskan bahawa penerimaan lengkap dua dos vaksin bukan jaminan untuk mereka bebas melakukan aktiviti harian.

“Sebaliknya, pendekatan tersebut penting untuk mengelak sebarang musibah dengan mengambil kira situasi negara yang masih diselubungi pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu para atlet alpa meskipun mereka sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Terdahulu, Honseng menyatakan kegembiraan apabila proses suntikan dos kedua vaksin membabitkan atlet, jurulatih serta pegawai pasukan Boccia para Sukma semalam, berjalan lancar.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak