Bakul makanan Petra Jaya

KUCHING: Bagi memastikan tiada individu yang memerlukan tercicir daripada mendapat bakul makanan di bawah program bakul makanan Pakej Pemulih, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan pegawai dari Pusat Khidmat Petra Jaya sentiasa komited dalam memastikan bantuan makanan itu sampai kepada masyarakat.

“Kami menyiapkan ‘jentera’ dan ia juga melibatkan pegawai di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujar beliau.

Tambahnya, untuk kawasan kampung mereka bukan sahaja mempunyai anggota parti tetapi turut melibatkan pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung, Penghulu, Kapitan dan lain-lain.

Ujarnya, melalui mekanisme seperti ini, kita dapat mengenal pasti mereka individu yang terkesan akibat Covid-19.

“Justeru, Pusat Khidmat Petra Jaya juga sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai, jika ada penduduk yang memerlukan bantuan dalam kawasan parlimen berkenaan kerana mungkin ada yang tercicir daripada senarai penerima bantuan atau ada yang terlepas pandang.

Katanya lagi, maklumat itu boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Pusat Khidmat Petra Jaya iaitu Abdur Rahman Abdul Rahim (013-2644174) untuk kawasan DUN Tupong; Morshidi Said (013-8051971); Samariang dan Satok Naz Ismadiee Khalit (0169247477).

Suara Sarawak