BDA sumbang RM 1 juta untuk tabung bencana negeri

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM1 juta
Tabung Bencana Negeri.

Majlis ringkas penyerahan diadakan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun di Wisma Bapa, Petra Jaya dekat Kuching.

BDA diwakili Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Haidar Khan Asghar Khan dan diiringi oleh pengurus besar BDA, Muhamad Yakup Kari.

Inisiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat BDA di dalam usaha membantu Negeri Sarawak membendung pandemik Covid-19 di negeri ini yang sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang besar berikutan situasi yang mencabar yang kita hadapi pada masa ini.

Justeru, BDA berharap sumbangan ini akan dapat membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha melandaikan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Haidar menyerahkan replika cek bernilai RM1 juta kepada Ketua Menteri untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak.

Suara Sarawak