Bengkel e-sukan pada 22 dan 23 Julai ini

KUCHING: Usaha merancakkan pembangunan sukan elektronik atau e-sukan di negeri ini perlu diperhebatkan.

Pendekatan itu penting bagi memastikan sukan yang semakin digemari generasi muda ini mampu berada sebaris dengan sukan popular yang lain pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) Afiq Fadhli Narawi memberitahu, justeru penganjuran bengkel e-sukan yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 23 Julai ini adalah amat bertepatan dengan usaha terbabit.

“Empat modul dengan pecahan segmen berbeza akan dibincangkan sepanjang bengkel ini berlangsung kelak.

“Segmen yang diketengahkan mencakupi permulaan permainan sukan elektronik, bidang pengurusan pasukan dan sebagainya.

“Menariknya, ia akan dikendalikan oleh pakar-pakar e-sukan yang diundang khas,” ujar Afiq kepada Arena Suara Sarawak

Bengkel tersebut merupakan anjuran Serba Digital X, D Arena, Perbadanan Digital Ekonomi Sarawak (SDEC) dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak