“Bucket” lori punca tiang elektrik tumbang di Mukah

MUKAH: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam satu kejadian jalan raya rosak melibatkan sebuah lori yang berlaku di Lorong Appolo Kilometer 4 Jalan Mukah Balingian berdekatan Stesen Minyak Shell Mukah pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi tersebut menyebabkan tiang elektrik dan tiang telefon di kepala simpang Jalan Appolo berkenaan tumbang ke atas jalan raya.

“Sewaktu kejadian lori tersebut dipandu keluar dari ladang penyimpanan arang baru Alam Suria dan seterusnya melalui keluar dari Lorong Appolo Kilometer 4 Jalan Mukah Balingian.

“Seterusnya pemandu lori yang tidak menyedari “bucket” lori yang masih terangkat di belakang, meneruskan perjalanan dan terkena kabel elektrik dan kabel telefon di simpang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun pemandu lori yang berusia 22 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Keadaan berjaya dikawal apabila pihak berkuasa polis trafik tiba dan pekerja kontrak yang dilantik oleh Sarawak Energy Mukah tiba ke lokasi bagi mengalihkan kabel elektik berkenaan.

KABEL JATUH… Kabel elektrik dan kebel telefon jatuh ke atas jalan raya akibat terkena “bucket” sebuah lori dalam kejadian di Jalan Mukah Balingian di sini hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak