Covid-19: Empat kematian dan tiga kluster baharu di Sarawak

KUCHING: Empat kes kematian dan tiga kluster baharu Covid-19 direkodkan di Sarawak, hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dua daripada kematian tersebut warga emas lelaki dan wanita masing-masing berusia 78 tahun dan 80 tahun.

“Manakala, dua lagi kematian melibatkan lelaki berusia 48 tahun dan 55 tahun, menjadikan seramai 417 korban wabak tersebut dicatatkan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, tiga kluster baharu dilaporkan hari ini adalah Kluster Jalan Sagang di Bau, Kluster Kilometer 85 di Mukah dan Kluster Sungai Gamong, di Meradong.

Dalam pada itu, JPBN berkata satu kluster tamat iaitu Kluster Selumit, Tanjung Manis selepas tiada
kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

Suara Sarawak