COVID-19: Kes di Thailand lepasi 500,000

BANGKOK: Kes COVID-19 Thailand melepasi angka 500,000 semalam, selepas 15,376 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, mengumpul jumlah keseluruhan sebanyak 512,678.

Sepanjang 24 jam sebelumnya, Thailand mencatat 87 kematian menjadikan korban keseluruhan seramai 4,146 sejak virus mula dikesan di negara itu Januari tahun lalu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, berkata kes baharu itu membabitkan 15,362 jangkitan tempatan dan 14 kes import. Jumlah itu termasuk 1,041 banduan.

Beliau berkata, kematian baharu membabitkan 52 lelaki dan 35 wanita berusia antara 28 hingga 96 tahun, 83 adalah rakyat tempatan dan empat warga Myanmar.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak