Covid-19: Malaysia catat rekod tertinggi, 15,573 kes hari ini

KUCHING: Malaysia mencatatkan 15,573 kes baharu positif Covid-19 hari ini, sekali gus angka tertinggi pernah direkodkan negara.

Jumlah tersebut adalah peningkatan lebih 2,000 kes berbanding rekod tertinggi sebelum ini pada 15 Julai iaitu 13,215 kes positif.

Menerusi infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara meningkat kepada 980,491.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 7,672 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21) dan Perlis (3).

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak