Covid-19: Sarawak catat 461 kes baharu, tiga kematian

KUCHING: Sebanyak 461 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 73,318 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kuching merekodkan kes tertinggi iaitu 184 kes, diikuti Simunjan dengan 30 kes dan masing-masing 29 kes di Bintulu dan Dalat.

“Di Serian sebanyak 28 kes, Sibu (28), Miri(26) dan Samarahan (22), Bau (20), Sri Aman (11), Beluru (10), Subis (9), Saratok(7), Lundu (6) dan Asajaya (5).

“Selain itu Mukah, Kapit, Telang Usan dan Selangau masing-masing mencatatkan tiga kes, manakala Meradong serta Tatau masing-masing dua kes dan hanya satu kes di Sarikei,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata, tiga kematian dicatatkan hari ini melibatkan dua warga emas wanita dan seorang lelaki.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBN memberitahu daerah Simunjan, Asajaya dan Dalat telah bertukar ke status jingga, manakala Betong dan Tatau kembali ke status jingga daripada status merah.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak