Covid-19: Sarawak rekod 356 kes baharu, Kuching terus catat kes harian tertinggi

KUCHING: Jumlah individu positif Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 356 kes berbanding 407 kes semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 74,342 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, bagaimanapun Kuching terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi apabila sejumlah 243 kes dilaporkan.

“Diikuti Simunjan dengan 31 kes, Bintulu (17), Tatau (15), Sibu (10), Samarahan (6), Kabong (6), Saratok (6), Betong (6), Bau (5), Miri (2), Sarikei (2) dan Meradong (2).

“Manakala masing-masing satu kes direkodkan di Mukah, Sri Aman, Telang Usan, Beluru dan Subis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN memberitahu tiada kes kematian akibat wabak tersebut dilaporkan hari ini, menjadikan hari kedua berturut-turut tiada korban baharu di negeri ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak