Empat daerah di Sarawak kini zon hijau

KUCHING: Daerah Sebauh hari ini kembali ke status hijau setelah tiada sebarang kes positif Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau meningkat kepada empat daerah.

“Daerah lain yang masih berstatus hijau adalah Limbang, Lawas dan Daro,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, daerah Tebedu kembali ke status kuning daripada merah setelah merekodkan empat kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas, menjadikan jumlah daerah berstatus kuning di negeri ini 13 daerah.

“Sementara 18 daerah lagi berstatus merah, manakala lima daerah berstatus jingga,” katanya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak