IPD Miri agih bantuan Ops Bantu

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bersama skuad Ikatan Relawan (RELA) dan Aman Wanita (Amanita) menyampaikan 10 bakul makanan melalui ‘Ops Bantu’ kepada golongan memerlukan yang terjejas akibat Covid-19.

Diterajui oleh Ketua Polis Miri Superintendan Mohd Sabri Zainol, setiap bantuan bernilai RM50 itu telah diagihkan dari rumah ke rumah.

Menurut Mohd Sabri, setiap bakul makanan mengandungi satu paket beras 10 kilogram , dua tin sardin, biskut kering, mi segera, perasa, satu paket tepung dan susu.

“Program bermula hari ini dan akan bersambung esok dengan 10 lagi isi rumah,” katanya ketika ditemui pada majlis ringkas penyerahan bakul makanan ‘Ops Bantu’, di sini pagi tadi.

Suara Sarawak