Jiran jadi hero padam kebakaran

SARATOK: Kecekapan jiran menggunakan dua alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran sebuah kediaman di Kampung Melango Baru, di sini, daripada terus merebak.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan memberitahu, kebakaran yang berlaku kira-kira 1.58 petang tadi itu hanya melibatkan sebuah bilik tidur.

“Bagaimanapun ia telah memusnahkan tilam dan katil dengan kawasan kebakaran dianggarkan tiga peratus.

“Terima kasih kepada jiran yang bertindak pantas menggunakan dua alat pemadam api mudah alih jenis debu kering untuk mengawal kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok yang tiba telah bertindak mengaplikasi konsep ‘receo’ ketika membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan tidak mencetuskan kebakaran semula.

-Tamat//

Suara Sarawak