Kampung Mohd Taha, Bakong, Beluru kawasan baharu wabak rabies, menjadikan 72 kawasan wabak rabies setakat ini

KUCHING: Kampung Mohd Taha, Bakong, Beluru disytiharkan sebagai kawasan baharu wabak rabies hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berkata, memandangkan kawasan itu berada di luar 10 kilometer (km) radius dari kawasan yang telah diisytiharkan, maka ia adalah kawasan baharu wabak rabies yang ke-72.

“Setakat ini, sebanyak 72 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies sejak Julai 2017.

“Ini termasuk Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (8) dan Limbang (2),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Suara Sarawak