Ke arah sumber tenaga hijau antara fokus MoU SEB dengan PEN

KUCHING:Projek Penyelidikan Hidrogen Tenaga Solar meneroka merupakan sumber alternatif tenaga yang bersih antara tumpuan utama kerjasama perjanjian antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan Pestech International Bhd untuk mengantikan penjanaan diesel atau bahan kimia lain bagi mendapatkan tenaga elektrik di kawasan luar bandar.

Menurut kenyataan media SEB, hasil projek itu nanti diharapkan dapat menangani masalah pelupusan bateri dari sistem tenaga solar sekali gus membantu usaha Kerajaan Sarawak dalam menyediakan liputan elektrik sepenuhnya menjelang 2025.

“Di bawah perjanjian itu, SEB dan PEN akan melakukan penyelidikan, merancang dan mengembangkan penyelesaian hidrogen autonomi yang boleh diisi semula untuk digunakan di Rumah Bangau, Song selama 15 bulan sebagai alternatif bagi meneroka potensi penyelesaian penyimpanan hidrogen untuk elektrik luar bandar.

“Kajian itu juga akan memberi tumpuan kepada cara hidrogen dengan kapasiti tinggi untuk menggerakkan mikrogrid di kawasan pedalaman melalui sumber tenaga yang diedarkan secara lestari.

“Dengan cara ini, akan memberikan pilihan modular untuk meningkatkan kecekapan tenaga setempat bagi memenuhi permintaan tenaga elektrik sambil mengurangkan pembaziran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili berkata bahawa keperluan beralih ke penjanaan elektrik yang mampan mencipta peluang untuk SEB dan PEN bekerjasama meneroka dan mencari pencarian yang cekap serta menantikan keberhasilan perlaksanaan Projek Penyelidikan Hidrogen Tenaga Solar.

Majlis perjanjian tersebut diadakan secara dalam talian yang dihadiri Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PESTECH International Bhd, l Paul Lim Pay Chuan, Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan SEB, Dr Ng Sing Muk dan Ketua Pegawai Eksekutif Vind Sidhu.

Suara Sarawak