Ketua Menteri saksi 32 ahli majlid angkat sumpah

LUNDU: Seramai 32 Ahli Majlis daerah Lundu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis baharu disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Majlis yang dilaksanakan secara maya tersebut turut disaksikan oleh Adun Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Ahli Majlis yang dilantik semula ialah Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab.

Perlantikan semula tersebut adalah keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaras dengan peruntukkan Seksyen 14(6) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996 yang akan berkuatkuasa dari 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022.

Justeru, Adun berharap agar semua Ahli Majlis akan sentiasa memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Sarawak dan kerajaan yang sedia ada sekarang agar pembangunan di kawasan dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak