Litar pintas di Murum punca gangguan elektrik di Sarawak

KUCHING: Litar pintas berganda di talian penghantaran Murum 275kV menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan beberapa kawasan di Sarawak, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kawasan-kawasan yang terjejas adalah Kuching, Sri Aman, Sarikei, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

Menurut Sarawak Energy, kerja-kerja pemulihan segera dilakukan dan bekalan berjaya dipulihkan hampir sepenuhnya di semua kawasan terjejas pada 10.30 malam.

“Sarawak Energy meminta maaf kepada pelanggan kami yang terlibat atas kesulitan yang berlaku dan sedang menyiasat punca litar pintas berganda di talian Murum yang menyebabkan gangguan,” katanya dalam kenyataan.

Suara Sarawak