MA63 dirangka berdasarkan undang-undang antarabangsa

KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa yang memberi jaminan kepada kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak di bawah Persekutuan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Emeritus Profesor Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, terdapat 15 bidang kuasa istimewa yang diberi kepada Sabah dan Sarawak.

“Ia termasuk menggubalan undang-undang untuk negeri, adat dan budaya, kuasa untuk bekalan air, perkapalan dan perubatan.

“Malah, Artikel 76A dan 95C kluasa 1, Yang Di-Pertuan Agng turut memberi jaminan kepada kuasa istemewa Sabah dan Sarawak untuk membuat undang-undang berasingan daripada Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam webinar mengenai kuasa-kuasa istimewa Sabah dan Sarawak di bawah Persekutuan Malaysia anjuran The Sarawak Initiatives hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak