Marudi dan Matu kini zon hijau, Asajaya pula bertukar ke zon merah

KUCHING: Daerah Marudi dan Matu kini bertukar kepada zon hijau daripada kuning selepas tiada merekodkan apa-apa kes dalam 14 hari yang lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Lawas dan Daro telah bertukar dari zon hijau ke zon kuning apabila masing-masing merekodkan satu kes dan daerah Betong bertukar dari zon jingga ke zon kuning apabila merekodkan sebanyak 18 kes jangkitan tempatan.

“Daerah Kapit bertukar status dari zon merah ke zon jingga setelah merekodkan sebanyak 34 kes manakala daerah Kabong pula bertukar dari zon kuning ke zon jingga setelah merekodkan sebanyak 24 kes jangkitan tempatan.” katanya dalam kenyataan media semalam.

Tambah JPBN lagi, daerah Asajaya merekodkan 52 kes jangkitan tempatan menjadikan daerah tersebut bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Suara Sarawak