NREB saran orang ramai membuat pelitup separuh muka secara berhemah

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) menegaskan bahawa pengunaan pelitup separuh muka pakai buang yang semakin meningkat serta cara pembuangan yang kurang sempurna boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Menurut kenyataan media NREB menyatakan bahawa, salah satu Pakaian Pelindung Diri (PPE) yang sering digunakan ialah pelitup separuh muka yang menjadi kebiasaan di kebanyakkan negara bagi menggelakkan wabak Covid-19.

Jelasnya, anggaran oleh Sangkham, S (2020) 80 peratus penduduk menerima penggunaan pelitup separuh muka dan 27 peratus penduduk bandar mencadangkan Malaysia perlu menghasilkan 7.05 juta pelitup separuh muka setiap hari untuk 32.4 juta penduduk.

“Sarawak mungkin menghasilkan 628,000 keping pelitup separuh muka terpakai setiap hari untuk 2.91 juta penduduk.

“Oleh sebab itu, NREB telah memperkenalkan tiga kumpulan sasar bagi menguruskan sisa buangan PPE dan pelitup separuh muka seperti kerajaan tempatan, syarikat pengumpulan sampah, dan orang awam.

“Kerajaan telah berusaha sebaik mungkin menangani masalah pembuangan PPE. NREB sendiri telah membuat pemantauan dan rondaan menggunakan dron untuk meningkatkan kecekapan pasukan penguatkuasa bagi mengesan sebarang aktiviti pembuangan sampah secara sembarangan,” katanya.

Tambah beliau, ia termasuk usaha kerajaan tempatan apabila syarikat pengumpulan sampah turut melaksanakan tanggungjawab mereka mengumpul dan melupuskan sisa dengan selamat.

Tegasnya, pendekatan dalam jangka masa panjang adalah jalan terbaik ke arah pengurusan sisa PPE di negeri ini apabila semua pihak memainkan penting dengan memastikan pelitup separuh muka dan PPE di buang dengan betul.

NREB juga merayu kepada orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian pembuangan sampah sebarangan termasuk pelitup separuh muka terpakai dan sisa PPE ke pejabat mereka.

Orang awam boleh menghubungi menggunakan aplikasi whatapps di talian 013-7595866. Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Suara Sarawak