Olimpik Tokyo 2020: Pandelela, Welson mampu ceriakan kem negara

KUCHING: Dua atlet sensasi kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong Pamg (terjun) dan Welson Sim Wee Sheng (renang) dilihat mampu mencipta kejutan pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan disingkap tirainya 23 Julai ini.

Malah, berkeupayaan menghadiahkan sebarang pingat buat kem negara menerusi acara masing-masing yang akan disertai di negara matahari terbit itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee antara yang melihat prospek tersebut.

Menurut Dr Ong, beliau yakin ada kilauan pingat mampu diraih atlet Sarawak yang berentap dalam kejohanan dunia itu.

Sambil merujuk kepada penampilan ratu terjun negara iaitu Pandelela Rinong Pamg di kejohanan berprestij itu yang menjadi fokus seluruh rakyat Malaysia ketika ini.

“Pandelela Rinong berprestasi kemuncak ketika ini, mengambil kira kejayaan terbaharu diciptanya meraih pingat emas di Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA baru-baru ini.

“Lantaran itu, saya yakin dia mampu mencipta nama sebagai atlet yang akan menjadi penyumbang pingat buat kontinjen negara,” ujar Dr Ong kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak