Operasi SAR wanita dihanyut kepala air di Kampung Long Sukang diteruskan

LAWAS: Pencarian seorang wanita yang hilang dihanyut kepala air di sungai Kampung Long Sukang diteruskan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi tadi.

“Buat masa ini, tiada sebarang perkembangan daripada operasi SAR yang dijalankan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Zaki berkata mangsa, Rebecca Jphn, 24, dari Kampung Long Sukang dilaporkan hilang dihanyutkan kepala air ketika sedang mengambil batu di tepi sungai bersama adik iparnya.

Bagaimanapun adik ipar mangsa, terselamat dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.35 petang itu.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian bagi melakukan operasi SAR.

Suara Sarawak