Piala Presiden 2021: Pemaian skuad SU FC II sambung latihan

KUCHING: Pemaian skuad Sarawak United FC II (SU FC II) akan menyambung semula sesi latihan seperti biasa mereka minggu depan.

Ia sebagai persiapan susulan menghadapi kempen liga Piala Presiden 2021 meskipun tarikh sepak mula belum ditetapkan lagi sehingga kini.

Pengurus Pasukan, Phillip Jabu memberitahu, kesemua anak-anak buahnya akan masuk kem hujung minggu ini.

“Latihan akan disambung semula minggu depan selepas hampir sebulan pemain sekadar menjalani latihan secara sendirian di rumah,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, pihaknya lega selepas dibenar kembali melaksana tugasan harian seperti sedia kala.

“Sekurang-kurangnya pemain dapat meningkatkan kembali tahap kecergasan diri mereka kelak,” tambah Phillip lagi.

Apa pun ujar beliau, pemain serta pegawai akan sentiasa dipantau bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ditetapkan.

Pendekatan tersebut perlu dalam usaha bersama membendung penularan pandemik Covid-19.

Suara Sarawak