Piala Sarawak 2021 mungkin ditunda ke tahun hadapan

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya akan melihat perkembangan semasa pandemik Covid-19 sehingga penghujung bulan Ogos nanti.

Menurut Posa, pihaknya belum dapat memberi gambaran sama ada akan meneruskan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Sarawak 2021 atau terpaksa menundanya ke tahun depan.

“Seandainya, penularan virus berbahaya itu masih berterusan maka kejohanan ini akan ditunda ke tahun 2022,” jelas Datuk Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, tarikh baharunya belum dapat dipastikan tetapi dicadang untuk dilangsungkan pada awal tahun hadapan.

FAS sebelum ini memutuskan Piala Sarawak 2021 akan berlangsung di Bahagian Limbang.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak