PKPD di enam lokaliti di Sarawak, empat ditamatkan

KUCHING: Sebanyak enam lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan kawasan di daerah Saratok, Beluru, Sarikei dan Samarahan.

“Ia melibatkan Rh. Jamu, Peligong, Sebetan dan Rh. Pantan, Ulu Senulau di Saratok serta Rumah Suring anak Jelian, Sg Bain, Tinjar dan SK. Sg. Bain, Tinjar di Beluru untuk tempoh 26 Julai hingga 9 Ogos.

“Turut menjalani PKPD adalah Rh. Regina, Sg. Selidap di Sarikei bermula 26 Julai hingga 12 Ogos dan Kampung Tg. Tuang di Kota Samarahan bermula 27 Julai hingga 9 Ogos,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memberitahu sebanyak empat kawasan ditamatkan PKPD hari ini.

“Iaitu Rh. Nicholas Adut, Sungai Baron di Sarikei, Kampung Kendaie dan Bukit Batu di Lundu, Bilik Sewa (atas kedai Famous Nasi Kandar Corner) di Bintulu dan Rh. Maxwell anak Tambi, Sungai Libau, Jalan Miri-Bintulu di Subis,” tambahnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak