PKPD di tiga kampung di Kuching

KUCHING: Sebanyak lima lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan tiga kawasan di daerah Kuching dan masing-masing satu di Simunjan dan Tatau.

“Di Kuching, tiga kampung dikenakan PKPD iaitu Kampung Sungai Telaga Air, Kampung Jawa Batu 12 dan Kampung Bumbok untuk tempoh 28 Julai hingga 10 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, turut menjalani PKPD adalah Rumah Jelaping Anak Sumok, KM22, Jalan Tatau/Sangan bermula 26 Julai hingga 8 Ogos ini.

“Manakala Kampung Muding di Simunjan dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 9 Ogos,” ujar JPBN sambil memberitahu tiada lokaliti dilanjutkan dan ditamatkan PKPD hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak