Polis buru lelaki rogol anak saudara

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau sedang memburu seorang lelaki yang disyaki merogol anak saudaranya yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek dikenali sebagai Sauful Saini berusia 44 tahun dari Kampung Lidah Tanah.

Menurutnya, usaha mengesan suspek telah dijalankan sejak menerima laporan daripada mangsa pada 19 Julai lalu namun sehingga kini masih gagal.

Poge berkata mangsa yang ditemani ibu dan abangnya hadir membuat laporan di Balai Polis Siniawan kira-kira jam 10.47 malam, selepas dirogol oleh suspek pada kira-kira jam 6.15 petang hari sama.

Katanya berdasarkan keterangan mangsa, suspek merogolnya di dalam kereta di kawasan hutan.

“Suspek merupakan bapa saudara kepada mangsa dan pemeriksaan doktor mendapati mangsa telah dirogol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Chew Cher Shin di talian 017-9682819.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak