Remaja perempuan ditahan jual judi dalam talian

PADAWAN: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditangkap polis kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata suspek ditahan dalam serbuan Op Dadu oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di kedai, Jalan Matang di sini, sekitar jam 11.50 pagi semalam.

“Suspek ketika disoal siasat turut mengaku bekerja sebagai penjual judi dalam talian.

“Hasil serbuan turut merampas barangan kes berupa seunit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM125,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaw Shyong berkata, semakan rekod polis bagaimanapun mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suara Sarawak