SALBA tangguh semua program

KUCHING: Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA) terpaksa menangguhkan semua program yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Presiden SALBA, Awang Mahyan Awang Mohamed berkata, pendekatan tersebut terpaksa dilakukan berikutan situasi negara yang masih belum selamat disebabkan penularan pandemik Covid-19

Berkata kepada Arena Suara Sarawak, legenda Ngap Sayot itu menjelaskan tarikh baharu untuk meneruskan program yang tertangguh juga belum dapat ditentukan.

Beliau dalam pada itu berharap musibah yang menimbulkan ketakutan umum itu akan berakhir sepenuhnya, sekali gus membolehkan SALBA meneruskan pelaksanaan program yang telah disenarai.

Beberapa program SALBA yang sering dianjurkan ialah Kejohanan Boling Padang Piala Tun Ahmad Sarji dan beberapa kejohanan lain termasuk kursus dan program pembangunan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak