Sambutan Hari Sarawak diraikan secara maya, dipancarkan langsung daripada TVS

KUCHING: Sambutan Hari Sarawak pada tahun ini akan disambut secara hibrid iaitu secara maya dan siaran langsung seperti pada tahun lalu susulan daripada wabak Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Sim Kui Hian berkata, hanya satu acara rasmi akan diadakan sempena sambutan pada 22 Julai itu yang terhad kepada tetamu jemputan sahaja.

“Walaupun kita masih dilanda Covid-19, namun ia tidak mematahkan semangat rakyat Sarawak untuk meraikan Hari Sarawak pada tahun ini.

“Hari Sarawak adalah untuk semua rakyat negeri ini dan sebagai rakyat Sarawak, anda boleh meraikan sambutan hari tersebut mengikut cara sendiri tidak kira di mana anda berada,” katanya ketika sidang media sambutan Hari Sarawak 2021 di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Suara Sarawak