Sarawak benar solat sunat Aidiladha di masjid dan surau dengan bilangan jemaah dihadkan

KUCHING: Sarawak membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha dengan had jemaah ditetapkan mengikut kategori masjid dan surau bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataan berkata, bagaimanapun ibadah korban dan ziarah raya masih tidak dibenarkan.

“Sementara bagi mereka di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), solat sunat Aidiladha di masjid atau surau tidak juga tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai jumlah jemaah, MIS berkata bagi Masjid Jamek Negeri, had jemaah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 500 orang.

“Sementara bagi masjid di peringkat bahagian, daerah serta daerah kecil, jumlah jemaah dibenarkan adalah tidak melebihi 150 orang dan di surau tidak lebih dari 70 orang.

“Had jemaah adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan,” ujar kenyataan itu.

Suara Sarawak