Sarawak benarkan makan di kedai, hanya untuk operator dan pekerja yang sudah menerima vaksin Covid-19

KUCHING: Sarawak akhirnya membenarkan makan dalam premis atau ‘dine-in’ berkuat kuasa esok hari.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata hanya operator termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 dibenarkan beroperasi secara dine-in.

“Keputusan ini dibuat selepas pihak kita mengkaji semula dan menambah baik garis panduan (SOP) di premis makanan.

“Manakala SOP terperinci dapat di muat turun melalui laman sesawang https://mlgh.sarawak.gov.my,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara SOP adalah operator premis wajib memaparkan jumlah maksimum pelanggan yang dibenarkan berada di dalam premis pada satu-satu masa dengan meja disusun atur jarak dua meter.

Sementara untuk bistro, hanya bisto yang berlesen denga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mempunyai dapur bagi penyediaan makanan dibenarkan beroperasi.

JPBN menegaskan semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan berhadapan dengan kompaun jika gagal bertindak demikian.

Suara Sarawak