Sertai pertandingan video singkat bertemakan daun

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Pertandingan Video Singkat 2021 bertemakan ‘daun’ bermula 1 Julai hingga 30 Ogos ini.

Pertandingan tersebut dianjurkan bersempena Festival Sarawakiana yang akan berlangsung 1 hingga 30 September nanti.

Pustaka Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, objektif utama adalah untuk memartabatkan adat, budaya dan tradisi masyarakat negeri ini.

“Pertandingan hanya terbuka kepada semua warga negeri dan dan mereka yang bermastautin di Sarawak.

“Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai RM2,000, kedua (RM1,500), ketiga (RM1,300), keempat (RM1,000) dan kelima (RM500),” kata kenyataan itu, hari ini.

Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan, mereka yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster pertandingan.

Suara Sarawak