Sesi latihan KC FC terkesan

KETUA Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui pasukannya yang berlatih secara berasingan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak terkesan dengan situasi tersebut.

Menurutnya, ketiadaan aksi pemanas badan memang memberi sedikit impak kepada pemain walaupun ia tidak berlaku secara menyeluruh.

“Kekurangan elemen tersebut boleh menyebabkan terhakisnya persefahaman antara pemain.

“Apa boleh buat, kami tidak dapat menjalani latihan secara berpasukan berbanding pasukan lain di Semenanjung ketika ini,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Aksi pusingan kedua kempen Liga Premier 2021 bakal bersambung padas 24 Julai ini dan KC FC akan menanti kunjungan Terengganu FC 2 di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Justeru tegas Irfan, masih ada masa untuk beliau memperkemas jentera pasukannya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak