Simunjan berstatus kuning, hanya tinggal satu daerah hijau

KUCHING: Daerah Simunjan telah kembali ke status kuning daripada status jingga hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan Daerah Simunjan telah merekodkan sebanyak 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Kata JPBN, jumlah daerah berstatus kuning di negeri ini telah meningkat kepada 11 daerah.

“Manakala Daerah Sebauh pula telah kembali ke status jingga daripada status merah setelah merekodkan sebanyak 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah menurun kepada 25 daerah,” kata JPBN.

Manakala, katanya tiga daerah berstatus jingga dan satu daerah berstatus hiijau.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak