Tiga banduan lolos diburu polis

PADAWAN: Seorang daripada empat orang tahanan yang melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo sudah ditangkap setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata usaha memburu yang lain sedang dijalankan oleh polis bersama pihak penjara.

“Difahamkan empat orang banduan transit melarikan diri.

“Seorang sudah ditangkap semula oleh pihak penjara,” katanya yang dihubungi.

Difahamkan, kesemua banduan berkenaan melarikan diri kira-kira jam 6 petang tadi.

Mereka dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan di sekitar Pusat Latihan Polis (Pulapol), yang terletak berhampiran Penjara Puncak Borneo.

Suara Sarawak