Tindakan pantas bomba berjaya kekang kebakaran belukar merebak ke kawasan penempatan

SARIKEI: Tindakan pantas sepasukan bomba dan penyelamat Sarikei berjaya mengawal kebakaran belukar sebelum merebak pantas dalam kejadian di Kampung Selalang Sarikei pada malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.38 malam dan beberapa anggota segera ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Artego dan ERMS.

“Jarak balai ke lokasi kejadian ialah sejauh 40 kilometer, dan setibanya di tempat kejadian kebakaran dipercayai melibatkan sebuah kawasan belukar yang dianggarkan seluas dua ekar.

“Tindakan operasi, penyelia mengarahkan telah mengarahkan memadam kebakaran dengan menggunakan “fire beaters” untuk mengawal api dari terus merebak,”katanya dalam satu kenyataan

Bagaimanpun kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.40 malam sehingga padam sepenuhnya, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Suara Sarawak